#
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) - Malaysia's Online Bookstore"

Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga)

Nik Safiah Karim; Farid M. Onn; Hashim Haji Musa; Abd Hamid Mahmood
  • 1636 Views
  • 0 Wislist
  • 1 Buy
Paperback
brand new
RM27.00
Buy New:
RM27.00

RM30.00

| You save RM3.00 (10%)

Format:
Paperback
ISBN-13:
9789836294845
Status:
Uncertain
  • Free Delivery

    Orders over RM50 (only within Peninsular)


  • Secure Payment

    100% Secure payment


  • Money Back Guarantee

    If you did not get the book


  • Customer Support

    Within 1 business day


  • Cashback

    Earn 10 points (RM1) for every RM100 spent


  • Buyback

    Trade-in your used books now!(More info)


Print Length

617

Language

Malay

Publisher

Dewan Bahasa & Pustaka

Publication Date

01 November 2015

Dimensions

Weight

0.41 Kg

Synopsis mph-30.00-25-9789836294845

Buku ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata, dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pusataka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas. Unsur wacana yang merupakan unit bahasa yang melampaui batas ayat, dimasukkan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada pengguna tentang konsep wacana dan penanda wacana. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif; boleh menjadi pasangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberikan tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Berbagai-bagai aspek binaan ayat dan perkataan, iaitu dari segi pola, bentuk, jenis, struktur binaannya dan bahagian komponennya dihuraikan dengan terperinci. Setiap huraian disertakan dengan contoh bagi menjelaskan lagi bentuk-bentuk perkataan dan ayat dengan sebaik-baiknya.

Usaha pengekodan bahasa seperti ini amat penting dalam proses pembinaan bahasa baku. Usaha ini perlu disebarluaskan kepada semua pengguna bahasa Melayu dalam bentuk yang mudah difahami bagi mengukuhkan penggunaan bahasa baku dalam semua jenis komunikasi umum dan rasmi.

© Bookurve 2023 (Bookurve Sdn Bhd 1115754-A)
No. B2-01 (Ground Floor : Facing LRT), E-tiara service Apartment, Persiaran Kemajuan Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor
####
English Section

Malay Section

Chinese Section
whatsapp