Buku Siri Kemahiran Berbahasa diterbitkan khusus untuk membantu pelajar dan pembaca memahami dan menggunakan bahasa Melayu dengan betel dan grarnatis. Setiap topik dalam buku ini dihuraikan dengan terperinci dan mudah difahami oleh pelajar-dan pembaca umum. Siri ini juga memuatkan contoh-contoh yang berkaitan, aktiviti pengukuhan, soalan dan jawapan bagi rneningkatkan kemahiran dan kefahaman pelajar tentang bab yang dibincangkan. Contoh penggunaan bahasa yang salah juga dimasukkan berserta dengan penerangan atau penjelasan tentang kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar.