Walaupun kes murtad ini telah berlaku lama di kalangan bangsa Melayu tetapi penafian oleh sebahagian pemimpin politik ini menggambarkan sikap dangkal ilmu dan gelojoh politik sehingga menolak kebenaran. Pengalaman penulis berbincang dengan pelbagai NGO islam yang berusaha siang dan malam menyelamatkan anak Melayu dari murtad telah menggerakkan penulisan buku ini. Bilangan murtad yang semakin hari semakin berleluasa sedangkan masyarakat Melayu islam masih lagi leka dengan kehidupan dunia dan kancah pergolakan politik menyebabkan isu ini dipandang sepi.