Mari kita menjaga hati kita dengan ketulinan tauhid dan kebenaran tawakal. Buang dari hati kita segala iktibar selain Allah. Hayatilah sepenuhnya Rahman dan Ihsan-Nya. Saksikan mahabah-Nya sehingga kita mengasihi-Nya. Pastikan tertahkik pada diri kita sifat ubudiah yang sempurna. Kalau kita mahukan kemuliaan hinakan diri kita kepada-Nya, kalau kita mahukan kekayaan , faqirkan diri kita dihadapan-Nya dan begitulah seterusnya.
Hilangkanlah segala keresahan dan kebimbangan, letakkan kepergantungan sepenuhnya kepada Allah, serahkan segala urusan kepadanya,
“apabila kamu hendak meminta, mintalah dari-Na dan apabila kamu mahu mahu minta tolong, minta tolonglah daripada-Nya”.
Setelah itu, sibukkan diri anda dengan apa yang Dia mahu dari anda, jangan sibukkan diri anda dengan perkara yang Dia telah jamin untuk anda.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
“dan mereka tidak diperintahkan kecuali supaya menghambakan diri kepadanya dengan setulus ketundukan”, “kami tidak minta dari kamu rizki sebaliknya kami yang memberi rezeki kepada kamu”.