Membumikan Erti Kasih Sayang karya Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir menyeruak di hadapan pembaca. Dengan bahasa yang sederhana namun sangat tajam, dengan analisa dan mudah difahami, penulis cuba melihat persoalan semasa yang berlaku di tengah-tengah masyarakat. Analisa Datuk Aziz Jamaludin semakin tajam dan lansung menyentuh persoalan “keummatan” berangkat kepada posisinya sebagai Yang Dipertua YADIM yang selalu berinteraksi dengan masyarakat, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia, Kemboja dan beberapa negara lain. Dengan ketajaman analisanya dalam melihat persoalan umat dan solusi cerdas yang dapat digunapakai secara lansung, menambah kekuatan buku ini untuk menjadi bahan bacaan dan rujukan dalam membangunkan pemikiran cerdas umat.