Kisah tentang orang Cina di Amerika ialah kisah satu perjalanan, dari satu peradaban tertua di dunia hingga ke satu peradaban yang terbaharu. Amerika Syarikat masih amat muda semasa orang Cina mula tiba di negara tersebut dalam bilangan yang besar dan sumbangan yang meluas pendatang ini dalam pembinaan negara angkat mereka telah menjadikannya negara yang wujud sekarang ini. Kisah epik yang menjangkau satu setengah abad, namun pengalaman masih merupakan sebahagian daripada diaspora orang Cina. Seratus lima puluh tahun hanya merupakan sehela nafas berbanding tamadun Cina yang sejarahnya boleh diukur berdasarkan milenium. Dan tiga juta adalah segelintir daripada masyarakat Cina di luar negaranya yang tidak kurang daripada 36 juta jumlahnya.
Setakat mana dan sejauh manakah kejayaannya?
Edisi buku ini mengandungi prakata oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.