JOHN SOLOMON, seorang anak yatim piatu yang dianggap pembawa nasib malang. Dia tidak disukai di mana-mana.
Suatu hari selepas sekolah, dia telah menjumpai sebuah kotak filem misteri di tempat kerja sambilannya.
Pelbagai peristiwa aneh mula berlaku, sehingga terbongkar rahsia dirinya satu persatu. Mimpi sama tentang seekor burung Phoenix telah membawanya ke dalam dunia misteri, "The Fifth Island.“
Rupa-rupanya John ada kaitan dengan fenomena naga jadian. Begitu juga dengan dunia magikal. Ini merupakan sebuah penggembaraan yang sangat memberangsang dan menghiburkan.