Buku di tangan pembaca ini merupakan satu karya penting yang agak unik. Keunikan buku ini terletak pada falsafah sejarahnya, iaitu pendekatan penulis dalam menghuraikan dari sudut pandangan yang agak berbeza mengenai peristiwa sejarah yang begitu masyur di kalangan umat Islam, iaitu kejayaan Salahuddin al- Ayyubi menawan semula Al-Aqsa. Melalui analisa yang mendalam, penulis telah melakukan satu penemuan ilmiah yang penting iaitu kesimpulan bahawa Salahuddin sebenarnya bertitik tolak dari persediaab keilmuan dan kerohanian yang telah di lakukuan lebih awal oleh tokoh-tokoh ilmuwan agung seperti Imam al Ghazali dan Sheikh Abdul Qadir al- Jilani serta pelbagai madrasah keilmuan dan kerohanian yang lahir dari kedua- dua tokoh ini.