DiA lahir bersama beban momokan pembawa sial masyarakat lembangan. Zaman kanak-kanaknya sepi tak bermaya, menyisih dan disisih rakan-rakan sebaya. Dia ingin terbang jauh namun ketiadaan sepasang sayap yang lazimnya milik manusia Meaburi menambat kakinya pasrah di daerah terpencil di tengah-tengah lautan yang tak bertepi itu. Sehinggalah kehadiran si Budak Ikan dan Sang Penglipur Lara mengubah rentak hidupnya, tiba-tiba sahaja Dia punya matlamat, sekelip mata jiwanya jadi bersemangat. Dia nekad untuk keluar mengembara, kembara mencari sebuah kebenaran, kebenaran seorang SANG PENAKLUK DARATAN. Persoalannya, benarkah Ryde si Dia yang dimaksudkan?