Jurnal Inspirasi Diri (ISBN: 9789670466002)
Sebuah jurnal yang akan membimbing anda ke arah melakukan transformasi terhadap 5 aspek penting dalam hidup anda.
Celik Mata & Jiwa (ISBN: 9789671036532)
Buku ini bertujuan memberi panduan kepada para pembaca untuk mengenal pasti dan memahami cabaran hidup serta mencari jalan penyelesaiannya melalui minda yang positif dan spiritual yang mantap. Ketahui juga pelbagai tips yang berguna untuk membuat perubahan kepada diri sendiri, persekitaran dan ketika berinteraksi dengan masyarakat. Selain itu, buku ini memuatkan panduan yang berguna untuk menghadapi dan menangani sebarang situasi serta tekanan hidup dalam dunia yang kian mencabar ini.
Diari Celik Saya (ISBN: 9555727100034)
- CELIK merupakan akronim untuk (Creative, Efficient, Loving, Innovative, Knowledgeable) dan dalam bahasa Malaysia (Kreatif, Efisyen, Penyayang, Inovatif, Berilmu).
- Diari ini menggalakkan pengguna/pembaca mensyukuri nikmat dari Allah SWT dengan menyatakan secara spesifik nikmat apa yang disyukuri pada setiap hari.
- Diari ini khusus bagi kanak-kanak muslim dan menitikberatkan kepentingan solat 5 waktu. Pengguna diari ini perlu mencatit solat setiap hari dan tandakan samaada solat berjemaah dan tepat pada waktunya.
- Pelbagai lagi ruangan menarik yang dapat diisi oleh kanak-kanak CELIK.
Semoga pengguna diari ini dapat membina jiwa yang bertaqwa, bersyukur dan berfikiran positif serta berjaya di dunia dan akhirat.