Home
FAQ
Profile

Faiz Ibrahim - Tentang Kehidupan Dan Cinta

1. Reinkarnasi - Buku Pertama daripada siri R daripada Faiz Ibrahim

Reinkarnasi merupakan detik di mana saya sudah penat dengan rasa kalah dan akhirnya saya pilih untuk bangkit. Ketika ini saya kehilangan segalanya, bapa, cinta, diri sendiri, masa depan dan segala apa yang saya mampu harapkan.

 

2. Rehabilitasi - Buku kedua daripada siri R daripada Faiz Ibrahim

Rehabilitasi merupakan detik saya sudah berjaya bangkit dan kadangnya rasa seakan tidak kuat. Rehabilitasi mengajar saya untuk fokus bangkit dan jangan toleh ke belakang lagi.

 

3. Regraduasi - Buku ketiga dan terakhir siri R daripada Faiz Ibrahim

Regraduasi merupakan penamatnya di mana akhirnya saya sudah sedia dengan dunia dan lebih matang. Saya lebih tahu bawa diri, lebih tahu fikir, lebih tahu sabar dan yang pentingnya, lebih tahu apa yang sebenarnya saya mahukan dalam kehidpan.

 

4. AMBIVALEN - Buku ini berbeza dengan buku-buku Faiz Ibrahim yang lampau di mana buku-buku yang lama beliau, hanya menfokuskan kepada dugaan dunia terhadap seseorang insan. Buku Ambivalen ini pula menfokuskan kepada dugaan seseorang yang berasal dari dalamannya dia.

Buku ini menceritakan seorang lelaki bernama Hafiz yang mempunyai "MPD" (Multiple Personality Disorder), di mana kehidupannya cukup baik dan tenang. Tiba-tiba, beliau diduga apabila personaliti yang keduanya muncul dan personaliti kedua itu merosakkan kehidupannya Hafiz dengan melakukan pelbagai kemungkaran. Anda boleh ikuti perjalanan Hafiz, seorang insan yang rasa tidak layak buat segalanya selepas jatuh dan betapa Allah sayangkan dia dan mahu dia bangkit semula. Mia juga seorang wanita yang baik dan cukup dengan segalanya. Adakah Mia bisa menerima Hafiz seadaanya dengan kisah silam yang jika mana-mana perempuan tahu, akan terluka dan pecah hatinya? Sila baca untuk tahu maksud yang tersirat yang cuba disampaikan.

Share This Page
Share

In Collaboration With


Bookurve Sdn Bhd - (1115754-A)
Pacific Place, Jalan PJU 1A/4, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
support@bookurve.com
WhatsApp Us 011-5356 2257
+603 7625 6466
Copyright © 2017 www.bookurve.com. All rights reserved.