#
Pokok di Taman Awan Malaysia  - Malaysia's Online Bookstore"

Pokok di Taman Awan Malaysia

Jamil Abu Bakar
  • 700 Views
  • 0 Wislist
  • 0 Buy
Paperback
brand new
RM48.00
Buy New:
RM48.00

RM60.00

| You save RM12.00 (20%)

Format:
Paperback
ISBN-13:
9789835210204
Status:
Uncertain
  • Free Delivery

    Orders over RM50 (only within Peninsular)


  • Secure Payment

    100% Secure payment


  • Money Back Guarantee

    If you did not get the book


  • Customer Support

    Within 1 business day


  • Cashback

    Earn 10 points (RM1) for every RM100 spent


  • Buyback

    Trade-in your used books now!(More info)


Print Length

108

Language

Malay

Publisher

Penerbit UTM (Universiti Teknologi Malaysia)

Publication Date

01 July 2015

Dimensions

Weight

0.41 Kg

Synopsis mph-60.00-35-9789835210204

Taman awam adalah kawasan yang dikhaskan untuk orang awam beristirehat dan beriadah. Perancangan dan reka bentuk taman yang baik dapat mewujudkan persekitaran yang selesa, ceria, bersih, dan indah serta memenuhi keperluan rekreasi semua lapisan masyarakat yang mengunjunginya. Justeru, pembangunan taman awam dilihat berjaya menyatukan hubungan masyarakat melalui konsep riadah bersama keluarga dan sahabat handai serta interaksi antara pelbagai lapisan umur dan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Taman awam bukan sahaja memberi suasana persekitaran yang selesa serta menarik, malah pembangunannya dapat membantu hasrat negara untuk Program Kampen Menanam Pokok di seluruh negara.

Pembentukan sebuah taman memerlukan suatu reka bentuk dengan sokongan elemen tertentu. Justeru, pokok ialah elemen yang paling penting dalam pembentukan sebuah taman awam. Penanam pokok yang merangkumi seni mengolah, mereka bentuk dan mereka cipta situasi yang sesuai dan bertepatan dengan keperluan setempat berdasarkan penggunaan bahan tanaman dan elemen binaan yang lain adalah sangat penting dalam bidang landskap. Pilihan tanaman yang pelbagai warna, bentuk seperti pokok besar, sederhana, kecil, renek, dan penutup bumi dapat mewujudkan ruang yang selesa, cantik, dan berfungsi untuk menyerlahkan persekitaran yang sesuai bagi tujuan kawasan istirehat.

Buku ini sesuai sebagai rujukan dan panduan kepada pelajar di institusi Pengajian Tinggi dan masyarakat umum tentang cara mengenali pokok di taman awam berdasarkan reka bentuk dan ruang serta fungsinya.

© Bookurve 2023 (Bookurve Sdn Bhd 1115754-A)
No. B2-01 (Ground Floor : Facing LRT), E-tiara service Apartment, Persiaran Kemajuan Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor
####
English Section

Malay Section

Chinese Section
whatsapp