#
Lagenda Budak Setan Boxset - Malaysia's Online Bookstore"

Lagenda Budak Setan Boxset

AHADIAT AKASHAH
  • 971 Views
  • 4 Wislist
  • 5 Buy
Buy New:
RM0.00
Format:
ISBN-13:
9789833642236
Status:
Not Available
  • Free Delivery

    Orders over RM50 (only within Peninsular)


  • Secure Payment

    100% Secure payment


  • Money Back Guarantee

    If you did not get the book


  • Customer Support

    Within 1 business day


  • Cashback

    Earn 10 points (RM1) for every RM100 spent


  • Buyback

    Trade-in your used books now!(More info)


Print Length

Language

Malay

Publisher

ROKET KERTAS SDN BHD

Publication Date

01 April 2011

Dimensions

Weight

0 Kg

Synopsis -0.00-0-9789833642236

LAGENDA BUDAK SETAN- kemelut cinta kasyah & ayu merungkai sebuah ketentuan yang tiada penghujung

Kasyah & Ayu - Azmi & Ayu - Kasyah, Ayu & Katerina

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. Adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya...

Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang... dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja.. demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat. 
Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikannya pada dunia...cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

KATERINA - sebuah cinta yang tiada kenal harga kerana cinta adalah secoret ketulusan hati

Segalanya tinggal memori, Ayu pergi takkan kembali.

Aku telah mengenali dua wanita hebat yang sempat aku labuhkan kasih sayangku. Juga, yang pernah aku cintai setulus hatiku. Walaupun aku tak dapat memiliki kedua-dua mereka, aku tetap berpuas hati dan bersyukur ke hadrat Ilahi, setidak-tidaknya aku sempat membahagiakan mereka walau mungkin untuk sementara.

Bagai tak terpijak kakinya di bumi, bagaikan langit jatuh menghempap diri, dugaan tiada terperi dengan sisa cinta suci yang tiada berbelah bagi, mewarnakan semula pelangi cinta Kasyah yang telah mati.
Mungkinkah di persada indah akhirnya, antara Kasyah dan Katerina, atau di persimpangan beronak mereka dihamparkan? Penuh debaran, bersilih cabaran yang datang dan yang pergi semuanya mengusutkan keadaan.

Kejelitaan Zahirah mengocak damai. Kerakusan Hisham semakin menghancurkan namun segalanya di tangan Tuhan! Akan tumbangkah pohon cemara ke bumi atau menguntum bunga cinta di kaki pelangi?


KASYAH - lagenda berakhir - dimanakah berakhirnya kemelut saga cinta yang tiada penghujung ini?

Kasyah & Katerina - Zahirah & Shan - Hisyam & Jackie

Mereka ada cerita tersendiri yang bersaling kait. Membawa duri, ke mana harus lari dari kemelut yang semakin ngeri.

Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya terputus dengan Katerina. Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya. Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itu pun setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam.

Demi maruah, Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofean. Malangnya, Zahirah menolak kerana tidak mahu melukakan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya. Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa.

Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala keindahan, ataupun sebaliknya?


© Bookurve 2023 (Bookurve Sdn Bhd 1115754-A)
No. B2-01 (Ground Floor : Facing LRT), E-tiara service Apartment, Persiaran Kemajuan Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor
####
English Section

Malay Section

Chinese Section
whatsapp