#
Pelangi Dakwah - Malaysia's Online Bookstore"

Pelangi Dakwah

Ed.Siti Khatijah Ibrahim
  • 782 Views
  • 0 Wislist
  • 0 Buy
Paperback
brand new
RM14.40
Buy New:
RM14.40

RM18.00

| You save RM3.60 (20%)

Format:
Paperback
ISBN-13:
9789832423027
Status:
Uncertain
  • Free Delivery

    Orders over RM50 (only within Peninsular)


  • Secure Payment

    100% Secure payment


  • Money Back Guarantee

    If you did not get the book


  • Customer Support

    Within 1 business day


  • Cashback

    Earn 10 points (RM1) for every RM100 spent


  • Buyback

    Trade-in your used books now!(More info)


Print Length

114

Language

Malay

Publisher

Iman Publications

Publication Date

30 April 2014

Dimensions

Weight

0.41 Kg

Synopsis mph-18.00-35-9789832423027

Ramai orang kenal Superman, Batman, Spiderman, Ironman, Ultraman dan banyak lagi man-man yang lain. Namun, kisah dan pengalaman mereka hanya sekadar rekaan yang tidak mungkin akan dapat dijadikan teladan. Kata orang pengalaman merupakan guru terbaik dalam sebuah kehidupan, maka pengalaman dikongsi bukan untuk mencari nama tetapi sebagai batu loncatan untuk menjadi yang terbaik di sisi Tuhan.
Pengalaman yang indah tatkala disapa hidayah Allah;

“Akhirnya, adik itu merangkak sendiri mencari jalan ke arah Islam dan iman. Betapa indahnya saat dia disambut penuh kehangatan cinta dan kasih sayang oleh teman baiknya dan kakak-kakak yang tidak pernah jemu mengajaknya sebelum ini. Apabila dia menyangka tidak ada lagi ruang untuknya, rupanya terbuka luas sebuah rentang kehidupan baru yang terlalu indah dan penuh kemanisan.Itulah kehidupan tarbiah.”

“Semakin saya baca al-Quran, semakin saya faham tentang setiap apa yang ada di sekeliling. Tentang perjalanan hidup. Tentang kehidupan abadi selepas mati. Tuhan itu ada. Dan hidup saya lebih bermakna sekarang. Alangkah baiknya, jika saya memeluk Islam lebih awal lagi.”
Pengalaman yang perit tatkala difitnah;

“Kami juga sering kali dilabelkan sebagai kurang bersosial. Jarang bersama masyarakat. Sedih. Padahal kami bukanlah seperti yang diperkatakan. Mungkin sahaja kerana kami sering kali meluangkan masa dengan usrah dan program-program tarbiah yang lain. Namun ini merupakan satu peringatan buat kami agar selalu berusaha mendekati masyarakat., Yang pasti, kami tidak mahu menjadi fitnah untuk dakwah.”

“Penggerak kegiatan subversif yang mahu menjatuhkan kerajaan! Usaha bawah tanah menghasut pelajar supaya mengkafirkan pemerintah! Ajaran sesat yang kerap berbincang senyap-senyap dalam gelap malam!”

Semoga pengalaman mereka dalam dakwah dan tarbiah lebih menguatkan setiap langkah dan semakin yakin dengan janji Allah.

“Apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah, pastinya jalan keluar menanti di balik setiap rintangan. Allah tidak mahu memberi beban, tetapi ingin mengajar erti sebuah perubahan.”

© Bookurve 2023 (Bookurve Sdn Bhd 1115754-A)
No. B2-01 (Ground Floor : Facing LRT), E-tiara service Apartment, Persiaran Kemajuan Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor
####
English Section

Malay Section

Chinese Section
whatsapp