Buku Senaman: Lawan usia, Kekal muda disediakan khas untuk semua lapisan masyarakat dan amat sesuai bagi mereka pada peringkat umur empat puluh tahun dan ke atas, terutama mereka yang peka akan imej badan dan ingin perubahan dalam amalan gaya hidup. Buku ini menjelaskan pelbagai jenis senaman serta ilustrasi cara melakukannya. Buku ini juga boleh diaplikasikan oleh semua para pendidik, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, pelajar pada peringkat institut pengajian tinggi, dan juga pelajar Institut pendidikan guru Malaysia. Buku ini amat sesuai bagi masyarakat dewasa, warga emas, ibu bapa, dan mereka yang kurang upaya.