#
Membongkar Rahsia Dunia Melayu* - Malaysia's Online Bookstore"

Membongkar Rahsia Dunia Melayu*

Srikandi Al-Semantani Ibnu Rusydi
  • 770 Views
  • 9 Wislist
  • 2 Buy
Paperback
brand new
RM30.00
Buy New:
RM30.00

RM40.00

| You save RM10.00 (25%)

Format:
Paperback
ISBN-13:
9789675391392
Status:
Uncertain
  • Free Delivery

    Orders over RM50 (only within Peninsular)


  • Secure Payment

    100% Secure payment


  • Money Back Guarantee

    If you did not get the book


  • Customer Support

    Within 1 business day


  • Cashback

    Earn 10 points (RM1) for every RM100 spent


  • Buyback

    Trade-in your used books now!(More info)


Print Length

303

Language

Malay

Publisher

Hijjaz Records Publishing

Publication Date

01 December 2014

Dimensions

Weight

0.35 Kg

Synopsis mph-40.00-40-9789675391392

Dewasa ini, pelbagai  serangan dan tohmahan dibuat  mengenai kedudukan Melayu-Islam. Serangan yang dilakukan ini meliputi pelbagai isu seperti hak asasi untuk murtad, penyebaran ajaran Syiah, penyalahgunaan kalimah ‘Allah' dalam Bible dan sebagainya. Selain itu, serangan itu juga dilakukan terhadap sejarah negara amnya dan sejarah Melayu khasnya, demi menimbulkan kekeliruan kepada umat Melayu-Islam agar tunduk kepada desakan dan permintaan mereka.

Serangan terhadap sejarah Melayu merupakan serampang dua mata dalam mencabar kedudukan umat Melayu selaku Bumiputera asal dan pada masa sama melemahkan kedudukan Islam di negara ini, memandangkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu' di negara ini secara automatik adalah seorang Muslim. Menerusi ‘serangan' berterusan terhadap putar belit sejarah Melayu, menerusi kenyataan akhbar, media sosial, media massa dan sebagainya, dibimbangi nasib umat Melayu-Islam di negara ini berakhir seperti umat Melayu-Islam di negara Thai, apabila sejarah keagungan Kesultanan Islam-Patani lenyap dan umat Melayu-Islam di sana terpaksa beridentitikan Thai-Muslim, lalu terhapuslah identiti dan jati diri penduduk Islam di sana.

Atas dasar itulah, tiga orang blogger sejarah kontemporari tempatan bergabung tenaga dan minda demi menghasilkan sebuah catatan khas untuk memperjelas kekeliruan serta menjawab putar belit yang disengajakan terhadap sejarah bangsa Melayu. Buku ini akan memfokuskan isu-isu yang mengelirukan umat Melayu-Islam, terutamanya kepada anak muda mengenai sejarah bangsa mereka.

"Jika kita mengenali negara Barat dengan kecanggihan dan kemodenan, adakah benar orang Melayu dahulukala hanya berkeris menentang penjajah Barat?"


© Bookurve 2023 (Bookurve Sdn Bhd 1115754-A)
No. B2-01 (Ground Floor : Facing LRT), E-tiara service Apartment, Persiaran Kemajuan Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor
####
English Section

Malay Section

Chinese Section
whatsapp