Adib mencintai kehidupan desa. Banyak pengalaman yang dialaminya bersama-sama sahabat baiknya Manan dan Sudin. Pengalaman tercampak dalam kawah kari kambing, di patuk ular tedung dan membantu menangkap perompak merupakan pengalaman menarik yang dialami mereka.
Namun Adib sering dihina oleh abangnya kerana kelemahannya dalam pelajaran. Kehadiran Cikgu Badar dan pengalamannya menyertai perkhemahan bersama pelajar-pelajar dari Kuala Lumpur di desa itu telah mengubah persepsinya terhadap pelajaran. Namun ada misteri di sebalik kehadiran Cikgu Badar di desa itu. Apakah rahsia yang menyelubungi Cikgu Badar?
Bagaimanakah Adib berjaya membuktikan perkerjaan sebagai petani dapat membuka ruang untuk menjadi jutawan?