Novel ini mengisahkan tentang Zara yang hidup sebatang kara selepas kematian ahli keluarganya serta sahabat karibnya. Kehadiran Felnaz banyak menceriakan hari-harinya namun ada ketikanya dia tidak dapat lari daripada kesedihan yang melanda dirinya ketika bersendirian.
Kemunculan Hazreen di sekolah banyak mengembalikan ingatan Zara kepada Bulan Jingga. Disebabkan mereka mempunyai minat yang sama dalam bidang lukisan membuatkan mereka semakin rapat. Namun kemesraan itu tidak disenangi oleh Maria yang sememangnya rapat dengan Hazreen sebelum ini.
Maria memulakan langkahnya dengan bermacam-macam peristiwa dan fitnah terhadap Zara. Apakah tindakan Zara dan berjayakah Zara mencari jalan penyelesaiannya dalam membersihkan namanya kembali.