Yaya merupakan pelajar tingkatan tiga yang ceria dan selalu ada perasaan iri hati terhadap adiknya, Nani. Semenjak ayah dan ibunya berpisah, Yaya selalu merasakan dirinya dipinggirkan oleh ibunya.
Zaidi merupakan kawan yang paling rapat dengannya. Dia banyak memberikan nasihat tentang pelajaran dan cuba merubah pandangan negatif Yaya terhadap ibunya. Dari situlah, timbul kesedaran dari dalam diri Yaya tentang kesalahannya terhadap ibunya. Yaya ingin berubah dan cuba untuk membetulkan kesilapan dirinya yang lalu. Dapatkah Yaya mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti dan adakah ibunya akan lebih menyayanginya selepas itu?