Terbitan Aneka Rasa Roti dan Ban ini menyajikan 25 resipi roti dan ban yang beliau ilhamkan sendiri. Setiap resipi roti dan ban disertakan dengan gambar-gambar yang pastinya akan menarik perhatian sesiapa sahaja untuk mencuba resipi beliau disebabkan susun atur dan gaya persembahan roti yang indah dan kreatif. Kepelbagaian resipi roti jenis lembut, jenis keras dan lain-lain juga melengkapkan terbitan ini. Resipi yang terkandung dalam terbitan ini pasti membuatkan suami, anak-anak dan keluarga anda tersenyum!