Terbitan Aneka Rasa Mufin ini menyajikan 25 resipi mufin dan kek cawan yang beliau ilhamkan sendiri. Setiap resipi mufin dan kek cawan disertakan dengan gambar-gambar yang pastinya akan menarik perhatian sesiapa sahaja untuk mencuba resipi beliau disebabkan susun atur dan gaya persembahan mufin yang indah dan kreatif. Kepelbagaian resipi mufin yang manis-manis, diikuti savoury dan dekorasi juga melengkapkan terbitan ini. Resipi yang terkandung dalam terbitan ini pasti membuatkan suami, anak-anak dan keluarga anda tersenyum!