#
Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah - Malaysia's Online Bookstore"

Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah

Khalim Zainal
  • 591 Views
  • 0 Wislist
  • 0 Buy
Buy New:
RM27.00

RM30.00

| You save RM3.00 (10%)

Format:
ISBN-13:
9789674122270
Status:
Not Available
  • Free Delivery

    Orders over RM50 (only within Peninsular)


  • Secure Payment

    100% Secure payment


  • Money Back Guarantee

    If you did not get the book


  • Customer Support

    Within 1 business day


  • Cashback

    Earn 10 points (RM1) for every RM100 spent


  • Buyback

    Trade-in your used books now!(More info)


Print Length

142

Language

Malay

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Publication Date

01 January 2014

Dimensions

Weight

0.35 Kg

Synopsis abn-30.00-25-9789674122270

Pengurusan Disiplin pelajar merupakan suatu isu yang sering menimbulkan masalah kepada guru-guru di sekolah. Ini kerana guru berhadapan dengan pelajar dalam jangka masa yang agak lama pada setiap hari dan memungkinkan pelajar menonjolkan pelbagai tingkah laku yang selari ataupun tidak dengan peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Buku ini mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan tugas menguruskan disiplin pelajar. Beberapa model disiplin seperti Curwin dan Mendler dengan Disiplin Tiga Dimensi (3-D), Model Disiplin Canter – Pendekatan Disiplin Asertif, Model Pengurusan Disiplin Bersepadu (Unified Discipline) dan Model Pengurusan Disiplin Glasser dibincangkan bagi membolehkan guru ataupun pembaca umum memahami serta berkemungkinan menerapkan kaedah model tersebut dalam menguruskan tingkah laku pelajar ataupun anak-anak. Di samping itu, buku ini turut membincangkan dua bentuk pengurusan disiplin di sekolah, iaitu Pengurusan Disiplin Konvensional dan Pengurusan Disiplin Penalti yang dilaksanakan di sekolah di Malaysia. Pembaca dapat menilai sendiri keberkesanan antara dua bentuk pengurusan disiplin pelajar tersebut. Buku ini amat berguna kepada pentadbir dan guru-guru di sekolah kerana pendekatan pengurusan disiplin pelajar yang dibincangkan dapat disesuaikan dengan situasi di sekolah masing-masing. Buku ini juga merumuskan bahawa pengurusan disiplin pelajar di sekolah perlu dilaksanakan dengan penuh komited dan rasa tanggungjawab secara bersama antara pentadbir, guru dan ibu bapa.

© Bookurve 2023 (Bookurve Sdn Bhd 1115754-A)
No. B2-01 (Ground Floor : Facing LRT), E-tiara service Apartment, Persiaran Kemajuan Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor
####
English Section

Malay Section

Chinese Section
whatsapp