Sedang kami berkumpul, dalam keadaan masing-masing bingung memikirkan apa yang bakal berlaku, Pegawai Memerintah, Pegawai Laksana dan Pegawai Navigasi datang kepada kami. Kejadian terjadi begitu pantas sekali. Sebaik sahaja pegawai Memerintah serta pegawai-pegawai lain, berdiri berkumpul bersama kami, dan belum sempat beliau memberikan apa-apa arahan, tiba-tiba kapal menjunam. Menjunam 45 darjah ke hadapan. Kami semua tergelongsor.