Hidup adalah satu perjuangan. Dalam perjuangan kita tidak boleh takut mati kerana mati akan datang juga walaupun kita takut. Seperti samurai bila melangkah untuk berperang, mereka bersedia untuk mati. Bila bersedia untuk mati bermakna tidak ada lagi perasaan takut, sebaliknya keberanianlah yang mencetuskan kejayaan.