#
Bercakap dengan Jin (Jilid 4)(Novel Diadaptasi ke Drama)  - Malaysia's Online Bookstore"

Bercakap dengan Jin (Jilid 4)(Novel Diadaptasi ke Drama) 

Tamar Jalis
  • 989 Views
  • 1 Wislist
  • 1 Buy
Paperback
brand new
RM20.00
Buy New:
RM20.00

RM25.00

| You save RM5.00 (20%)

Format:
Paperback
ISBN-13:
9789671054840
Status:
Uncertain
  • Free Delivery

    Orders over RM50 (only within Peninsular)


  • Secure Payment

    100% Secure payment


  • Money Back Guarantee

    If you did not get the book


  • Customer Support

    Within 1 business day


  • Cashback

    Earn 10 points (RM1) for every RM100 spent


  • Buyback

    Trade-in your used books now!(More info)


Print Length

236

Language

Malay

Publisher

Nafiela Books

Publication Date

15 May 2014

Dimensions

Weight

0.41 Kg

Synopsis mph-25.00-35-9789671054840

Novel Bercakap Dengan jin merupakan sebuah karya yang ditulis berdasarkan pengalaman penulisnya sendiri, iaitu Tamar Jalis atau nama sebenarnya Mohd. Radzi Bin Mahmud. Secara amnya, novel ini berkisar tentang pengalaman penulis mengikuti datuknya yang sering dipanggil oleh penduduk setempat dan dari pelusuk semenanjung untuk mengubati penyakit-penyakit terutamanya penyakit misteri yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus.

Datuk kepada Tamar Jalis (Kulup Muhamad Diah) boleh dikatakan sebagai seorang yang mempunyai keistimewaan dalam mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus. Keupayaan beliau mengubati pesakit tidak dapat disangkal lagi apabila sering berjaya menangani pelbagai masalah walaupun terpaksa melalui berbagai rintangan.

Namun begitu, disebalik kehandalannya mengubati penyakit, beliau tidak pernah sekalipun berbangga diri mahupun riak dengan kelebihan yang ada padanya. Bahkan beliau sering merendah diri dengan mengatakan setiap penyakit yang berjaya diubatinya adalah dengan izin Allah S.W.T.

Setiap perkara yang terjadi ada baik dan buruknya. Ini juga dapat dilihat dalam situasi datuk apabila kehandalan beliau mengubati penyakit sering tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Mereka berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh datuk adalah sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Ini kerana jarang sekali datuk akan menerima bayaran atas perkhidmatannya apatah lagi mengenakan bayaran. Sikap mulia datuk ini telah mengundang rasa tidak puas hati terutamanya dari kalangan bomoh-bomoh dan dukun-dukun. Bahkan ada di antara mereka yang telah mencabar datuk bagi membuktikan siapa diantara mereka yang mempunyai ilmu kebatinan yang lebih tinggi dan hebat.

Walaupun Novel Bercakap Dengan Jin terkenal dengan kisah berkaitan dengan makhluk halus, hantu dan jin yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu, ia juga secara tidak langsung telah memaparkan kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sekitar tahun 60-an dimana pada masa itu telah terbentuknya masyarakat majmuk yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Novel ini juga banyak menonjolkan nilai positif mengenai hubungan kekeluargaan, kerohanian, kehidupan budaya Melayu terutamanya masyarakat di Perak bahkan banyak menitikberatkan aspek keagamaan.

© Bookurve 2023 (Bookurve Sdn Bhd 1115754-A)
No. B2-01 (Ground Floor : Facing LRT), E-tiara service Apartment, Persiaran Kemajuan Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor
####
English Section

Malay Section

Chinese Section
whatsapp