#
Aplikasi Penulisan Artikel Jurnal - Malaysia's Online Bookstore"

Aplikasi Penulisan Artikel Jurnal

Othman Talib
  • 545 Views
  • 1 Wislist
  • 1 Buy
Paperback
brand new
RM30.00
Buy New:
RM30.00

RM40.00

| You save RM10.00 (25%)

Format:
Paperback
ISBN-13:
9789670942100
Status:
Uncertain
  • Free Delivery

    Orders over RM50 (only within Peninsular)


  • Secure Payment

    100% Secure payment


  • Money Back Guarantee

    If you did not get the book


  • Customer Support

    Within 1 business day


  • Cashback

    Earn 10 points (RM1) for every RM100 spent


  • Buyback

    Trade-in your used books now!(More info)


Print Length

182

Language

Malay

Publisher

MPWS

Publication Date

01 January 2017

Dimensions

Weight

0.3 Kg

Synopsis mph-40.00-40-9789670942100

Buku wajib dimiliki pelajar pascasiswazah & penyelidik muda.

Tesis ke artikel?

Menulis artikel yang bersifat akademik dari satu kajian ataupun membuat ulasan (review) artikel satu-satu isu dari kajian-kajian lepas bukanlah sesuatu yang mudah kepada pelajar pascasiswazah (peringkat pengajian sarjana dan kedoktoran) mahupun penyelidik muda. Menulis artikel sukar bagi kumpulan novis ini kerana mereka tidak ada pengetahuan dalam selok belok penulisan artikel yang sistematik sedangkan penerbitan artikel telah menjadi pra-syarat kenaikkan pangkat serta Key Performance Index, KPI bagi kumpulan tersebut.
 
Artikel yang dibincangkan dalam buku ini merujuk kepada artikel ilmiah yang disediakan oleh pelajar pascasiswazah serta penyelidik muda untuk tujuan penerbitan dalam jurnal.  Artikel ini biasanya ditulis berasaskan dapatan dari satu kajian peringkat sarjana atau kedoktoran atau hasil dari satu kajian  di bawah pembiayaan geran penyelidikan. Situasi ini menjadikan penulisan artikel lebih mudah kerana pelajar pascasiswazah atau penyelidik tersebut telahpun mempunyai dapatan kajian. Penulisan artikel boleh sahaja bersumberkan manuskrip tesis, laporan projek mahupun proposal dengan data atau dapatan yang diperolehi dari satu kajian. Jika anda berminat untuk mengulas artikel-artikel lepas dan menghasilkan ulasan artikel (article review), anda juga boleh memanfaatkan konsep yang dicadangkan dalam buku ini.
 
Sayugia disebutkan di sini bahawa banyak contoh-contoh perkataan, penyataan, ayat dan keratan artikel dalam buku ini ditulis dalam Bahasa Inggeris tanpa berniat merendahkan Bahasa Melayu. Tambahan, seorang penyelidik muda bukan sahaja menulis artikel dalam bahasa Melayu sebaliknya lebih kerap menulis dalam Bahasa Inggeris
 
Artikel ilmiah adalah kupasan satu dapatan yang fokus kepada sesuatu pernyataan masalah atau isu. Jika tesis mengkaji pernyataan masalah dari beberapa aspek, artikel ilmiah yang dihasilkan dari tesis tersebut boleh difokuskan kepada salah satu aspek pernyataan masalah yang dikaji dengan syarat tindakan ini tidak menyebabkan data yang pincang yang membawa kepada lemahnya kupasan dalam artikel. Anda juga boleh mengekalkan pernyataan masalah dalam tesis namun memberi fokus hanya kepada dapatan yang penting (crucial) sahaja, berbanding dengan tesis asal yang perlu melaporkan semua dapatan yang diperolehi. Bagi penulisan manuskrip artikel untuk penerbitan, anda juga perlu mengikuti format penulisan artikel yang ditetapkan oleh penerbit termasuklah saiz font, caption, jadual, rajah, rujukan serta line spacing.


© Bookurve 2023 (Bookurve Sdn Bhd 1115754-A)
No. B2-01 (Ground Floor : Facing LRT), E-tiara service Apartment, Persiaran Kemajuan Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor
####
English Section

Malay Section

Chinese Section
whatsapp