CEKIK menceritakan Syed Warith, pemuda belasan tahun yang bersekedudukan dengan teman wanitanya Suria. Apabila Syed Warith mendapat panggilan telefon tentang kematian ayahnya di kampung, pelbagai rahsia terbongkar termasuk status sebenar hubungan antara dia dan Suria.
AMERIKA menceritakan Murshid Merican, seorang graduan arsitektur yang ingin menulis, tapi kehidupannya diganggu oleh pelbahai momen surreal. Dia mengembara sebentar ke Miami, Florida, dan ini juga sebahagian daripada proses pendewasaannya.